Berikut adalah cara untuk memohon Bantuan JKM Sehingga RM1000 Sebulan mengikut kelayakan dan jenis bantuan yang anda mohon!
Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengotakan janji untuk menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan termasuk untuk OKU.
Kenaikkan ini kerana mengambil kira keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa.
*Kemaskini Julai 2021
Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Bantuan JKM ini diberikan kepada mereka yang layak sahaja selepas melalui proses siasatan untuk penilaian bagi meringankan beban penerima bantuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Berikut adalah senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang anda boleh mohon buat masa ini:
[adssulvo1]
Jenis Bantuan | Bantuan Lama | Bantuan Terbaru |
---|---|---|
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) | RM100 – RM450 | RM150 – RM1000 |
Elaun Pekerja Cacat (EPC) | RM400 | RM450 |
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) | RM350 | RM500 |
Bantuan Orang Tua (BOT) | RM350 | RM500 |
Bantuan Anak Pelihara (BAP) | RM200 – RM500 | RM250 – RM500 |
Bantuan Am Persekutuan (BA) | RM100 – RM350 | RM100 – RM350 |
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) | RM250 | RM300 |
Bantuan Latihan Perantis (BLP) | RM200 | RM200 |
Jumlah bantuan yang dinyatakan diatas adalah diberikan setiap bulan.
{KEMASKINI JULAI 2021} Pemakluman pengoperasian Bilik Gerakan JKM semasa pelaksanaan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara. Sebarang pertanyaan, pihak klien boleh menghubungi No. Telefon Bilik Gerakan JKM yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari waktu bekerja.
Baca Juga: Cara Untuk Tebus Bantuan Telefon Pintar RM300 untuk B40.
CARA MEMOHON BANTUAN JKM
Bagi anda yang betul-betul memerlukan bantuan ini, anda dikehendaki teru s ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
[adssulvo2]
Setiap permohonan yang dibuat akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
*Pembayaran BPR Fasa 2 sedang dibuat. Semak permohonan BPR anda sekarang.
Untuk memudahkan urusan, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:
- salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- salinan penyata gaji (jika ada)
- lain-lain dokumen yang berkaitan
Anda boleh download borang berkaitan dibawah ini:
1. KM 18 (Borang Permohonan Bantuan) > Download
2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 > Download
[adssulvo3]
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan bantuan JKM ini, anda tinggalkan komen dibawah ini.
Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini. Semoga ia membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan ini.
Atau anda boleh follow Telegram Bantuan Kerajaan untuk mendapat info terkini Bantuan JKM nanti.
Untuk bantuan, boleh rujuk portal JKM.
Leave a Reply to Aswadi Abdullah Cancel reply