Kepada ibubapa dan penjaga yang memerlukan bantuan persekolahan anak-anak kini boleh memohon Bantuan Persekolahan sesi 2021 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Bantuan Persekolahan MAIPk
Bantuan Persekolahan MAIPk adalah bantuan untuk mereka yang tergolong dalam asnaf Fakir dan Miskin.
Diharapkan dengan bantuan ini dapat membantu anak-anak asnaf mendapatkan pendidikan yang sempurna dan tidak tercicir dalam pendidikan. Dan seterusnya dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan.
[adssulvo1]
Permohonan ini hanya melibatkan:
- Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2021
- Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2021
- Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah
Ibubapa dan penjaga kini boleh membuat permohonan dari 15 Disember 2020 sehingga 31 Januari 2021.
Untuk anak-anak sekolah menengah tingkatan 4 dan 5, ibubapa boleh mohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2021.
Syarat Kelayakan
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah:
[adssulvo2]
- Pemohon / Penerima beragama Islam
- Pemohon / Penerima warganegara Malaysia / Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil)
- Pemohon / Penerima bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan)
- Pemohon / Penerima tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi
Cara Memohon Bantuan Persekolahan MAIPk
Ibubapa / penjaga boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk seluruh Negeri Perak.
Dan borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar semula ke pejabat tersebut.
[adstextapply]
Diingatkan sekali lagi tarikh akhir untuk memohon adalah 31 Januari 2021.
Ibubapa juga boleh memohon bantuan telefon dan internet percuma untuk anak-anak anda.
Bagi anda yang mempunyai pertanyaan mengenai bantuan ini, boleh terus bertanyakan di FB rasmi MAIPk.
Leave a Reply to Rosnawati binti badul kadir Cancel reply