Semalam, sehari sebelum PKP 3.0 bermula, PM telah mengumumkan Bantuan PKP 3.0 iaitu BPR Tambahan RM500 Isi Rumah dan RM100 Bujang.
Bantuan PKP 3.0 – BPR Tambahan Untuk Isi Rumah dan Bujang
Sebelum ini, PM telah mengumumkan akan memberikan Bantuan Khas BPR Tambahan RM500 untuk penerima BPR.
Namun dalam pengumuman kali ini, PM telah mengumumkan Bantuan Pemerkasa+ (PEMERKASA Plus) dimana bantuan ini telah ditambahbaik pemberian termasuk untuk Isi Rumahh dan Bujang.
[adssulvo1]
Penambahbaikan ini dibuat untuk rakyat yang terkesan ketika PKP 3.0 dilaksanakan hari ini (1 Jun 2021) dan dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Lain-lain bantuan yang diumumkan untuk Bantuan PKP 3.0 ini adalah:
- Bantuan khas RM500 ehailing, pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah secara one off
- Geran Khas Prihatin 3.0 ditambah RM500 kepada RM1500
PEMERKASA+: Bantuan Isi Rumah RM500 & Bujang RM100
[adssulvo2]
Berikut adalah jumlah bantuan tambahan yang akan diterima oleh penerima Bantuan Prihatin Rakyat:
- Isi rumah bawah RM2500 : Tambahan RM500
- Isi Rumah Bawah RM5000 : Tambahan RM300
- Bujang : Tambahan RM100
Untuk rakyat Sarawak, anda akan mendapat tambahan Bantuan Isi Rumah dan Bujang RM250 – RM500 Untuk melalui BKSS 6.0.
Tarikh Bayaran BPR Tambahan
Kerajaan memberitahu pembayaran akan mula dibuat ke akaun penerima pada akhir Jun 2021.
Anda juga boleh membuat Permohonan Rayuan BPR yang akan dibuka mulai esok, 15 Jun 2021.
Boleh follow Telegram Bantuan Kerajaan untuk peringatan tarikh pembayaran BPR tambahan nanti.
Anda boleh mula menebus Bantuan eWallet RM150 bermula hari ini (1 Jun 2021) di ewallet masing-masing.
Leave a Reply to Zuraini binti md lawi Cancel reply