Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor telah mengumumkan Kerajaan Negeri Sabah akan memberikan Bantuan Sabah Prihatin RM300 kepada rakyat Sabah rentetan daripada Covid-19 ini .
Bantuan ini akan memberikan manfaat kepada golongan sasar yang terkesan daripada Covid-19.
PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN SABAH
Bantuan Prihatin Sabah ini adalah pemberian Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 dan merupakan bantuan tambahan dari Kerajaan Negeri Sabah sendiri dimana penerima yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM300 seorang.
Antara golongan yang disasarkan mendapat bantuan ini adalah:
- anak yatim
- ibu tunggal
- orang kurang upaya (OKU)
- mereka di dalam sektor pertanian, pelancongan & pengangkutan
Rakyat Sabah TIDAK PERLU MEMOHON kerana data penerima akan diambil daripada pelbagai jabatan & kementerian seperti Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan lain-lain agensi.
Jadinya, anda hanya perlu membuat semakan status sahaja (di bawah) untuk mengetahui status permohonan anda layak atau tidak.
Semakan Status Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 anda:
- Layari Portal Semakan Bantuan Sabah – https://bantuan.covid19.sabah.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan anda. Contoh 891216036095
- Tandakan pada kotak ‘Saya Bukan Robot’
- Klik butang ‘Semak’
- Status bantuan akan dipaparkan
Penerima yang layak menerima bantuan ini akan menerima dua bentuk paparan keputusan. Yang pertama adalah perlu mengambil wang di bank atau yang kedua wang tersebut terus dikreditkan ke akaun bank.
Contoh paparan untuk penerima yang layak adalah seperti di bawah:
- Penerima Bantuan PRIHATIN COVID-19: [RM300] Sila tuntut di cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran anda, mulai 23 Nov 2020 (Isnin) atau
- Pembayaran telah dikreditkan: (SUCCESS ‘Tarikh dikreditkan’)
Ibubapa boleh memohon Bantuan Telefon dan Internet percuma daripada Yayasan YTL.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, anda boleh terus menghubungi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di talian 088-223 536 etx. 236 (Roshidi)/ 236 (Norsafi)/ 250 (Sukari).
{ 35 comments… read them below or add one }
MCM mna nak daftar
Saya nak tanya tentang bantuan Sabah Prihatin..Adakah bantuan ini hanya orang terpilih sahaja..Kenapa saya semak yang tertera ialah Tiada Rekod..Apa yang perlu saya buat..Tolong berikan jawapan..
Data diambil dari sumber2 jabatan kerajaan. JIka semakan tiada rekod bermakna tidak layak
Bila cek tiada dalam rekod, mcm mana tiada dlm rekod sedangkan sya penerima BSH, BPN, BPR, CROMOK dan semuanyalah, cuba jelaskan admin,
Assalamualaikum.. Sy nk Tanya mcmn cr nak mohon bantuan prihatin sabah ni.. Sbb sy cek tidak ada dalam rekod.. Ada cr lain x nak buat Semakan.. Tq
Jika tiada bermakna tidak layak
Nak tanya daftar bantuan sabah
Kenapa saya tidak dapat bantuan rm300.00 covid itu tolong dulu orang susah
tak perlu daftar..data diambil dari sumber kerajaan yg ada
Sy x dapat bantuan covic rm 300, kenapa ?
MCM mna nak dpt nie ..bantuan covid 19….
Kenapa saya cek bantuan covid 19 Sabah .x ada senarai.apa kah kita tak layak
jika tiada bermakna tidak layak
Ramai yg tiada dapan bantuan rm300 ni tolong le buat permohonan baru yg x dapan bleh blik yg x ada nama tu
Sekali chek,duit dah di creaditkan di ekaun,tp bila chek akaun, tiada plak..
Boleh terus hubungi Pihak Bantuan Covid Sabah ya
sya kerja sendiri gaji tidak menentu,semak status tiada permohonan…sya tak layak juga agaknya
Harap selidik lah betul2 penerima bantuan ,saya tidak dapat bantuan rm300 sedangkan saya ramai anak 9org dan 2 org anak saya UKO.Lagipun suami saya berpoligami tidak mampu atas sbb hilang punca pendapatan.harap pihak kementerian selidik lah betul2.mengenai bantuan ekasih pun saya tidak dpt sedangkan dua kali sudah borang saya hantar harap pihak kementerian tolong lah prihatin sangat lebih2 lagi kami yang ramai anak.
hmm tak mampu tapi masih berpoligami??? syarat poligami adalah mampu
Tak faham keterangan ke? Atau saja buat² panas, sebelum ini agenda covid ni, c suami tu mampu..
C suami yang mampu tu, kehilangan sumber pendapatan sebab agenda PKP ni..
admin.?better u fahamkn dn baca btl² komen puan dkt atas tu,pndptn suami dya terjejas sbb covid yg mlnda skrg ini hingga tdk mmpu utk mnyara fmly mereka,jgn rply ikut kpala anda shja,fhmkn dluu..mmg rmai yg trjejas akbt pandemic skrg ini trutama smber pndptn bsnis..
apa pnya jwbn lh admin,xfhm btl² trus komen,sdap mulut jak dya rply..ini klu dpt krja yg bgus nie cnfrm pkai kabel..
Kenapa bantuan covid sabah ni ada yang dapat berulang sedangkan yang lain hanya dapat sekali sahaja
Tak payahlah harap sangat untuk lulus. mungkin kalau tengok senarai keseluruhan, bawah 100 orang yang dapat ni.. peruntukan selebihnya tu, kerajaan yang baru ini mahu pakai, untuk menjana kehidupan keluarga dia orang..
Sy bru keja d smnjung..tp sblm ni 3 bulan tdk bekerja d sabah..apa sy tdk layak kh dpt bntuan sabah ni..
sama saya tolong semak untuk orang tua saya, tapi tiada dalam rekod
kalau status pembayaran tidak berjaya maksudnya apa yaa ?
Sama lah pembayaran tidak berjaya
Cnd trading
Inanam
Siapa yang layak untuk bantuan prihatin covid-19? Orang tua, tinggal seorang, tiada kerja dan tiada EPF sudah, pun tidak layak.…
Kenapa data sya telah diterima dan sedang diproses dri bulan november smpai skrg
bantuan untuk insan yg dipilih sahaja..
Kata bantuan termasuk utk.golongan b40..bkn b40 ni utk yg bergaji di bwh 2ribu ka..knp pula sy tidak dpt.Tidak adil main pilih2 la pula
Kata bantuan ni termasuk golongan b40 kenapa sy tidak dapat sdgkngaji di bawah 2k.Apa punya bantuan la main pilih2 la pula sdgkn tu peruntukan dari kerajaan persekutuan patut bagi sama rata baru adil
Saya kat johot dpt bantuan 300 .bantuan cov 19 sabah 1.0 bantuan orang sabah kerja di semenanjung.skrg saya kat .sabah.saya dpt bantuan cov 19 2.0 sabah