Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor telah mengumumkan Kerajaan Negeri Sabah akan memberikan Bantuan Sabah Prihatin RM300 kepada rakyat Sabah rentetan daripada Covid-19 ini .
Bantuan ini akan memberikan manfaat kepada golongan sasar yang terkesan daripada Covid-19.
PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN SABAH
Bantuan Prihatin Sabah ini adalah pemberian Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 dan merupakan bantuan tambahan dari Kerajaan Negeri Sabah sendiri dimana penerima yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM300 seorang.
Antara golongan yang disasarkan mendapat bantuan ini adalah:
[adssulvo1]
- anak yatim
- ibu tunggal
- orang kurang upaya (OKU)
- mereka di dalam sektor pertanian, pelancongan & pengangkutan
Rakyat Sabah TIDAK PERLU MEMOHON kerana data penerima akan diambil daripada pelbagai jabatan & kementerian seperti Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan lain-lain agensi.
Jadinya, anda hanya perlu membuat semakan status sahaja (di bawah) untuk mengetahui status permohonan anda layak atau tidak.
Semakan Status Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 anda:
[adssulvo2]
- Layari Portal Semakan Bantuan Sabah – https://bantuan.covid19.sabah.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan anda. Contoh 891216036095
- Tandakan pada kotak ‘Saya Bukan Robot’
- Klik butang ‘Semak’
- Status bantuan akan dipaparkan
Penerima yang layak menerima bantuan ini akan menerima dua bentuk paparan keputusan. Yang pertama adalah perlu mengambil wang di bank atau yang kedua wang tersebut terus dikreditkan ke akaun bank.
Contoh paparan untuk penerima yang layak adalah seperti di bawah:
[adstextapply]
- Penerima Bantuan PRIHATIN COVID-19: [RM300] Sila tuntut di cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran anda, mulai 23 Nov 2020 (Isnin) atau
- Pembayaran telah dikreditkan: (SUCCESS ‘Tarikh dikreditkan’)
Ibubapa boleh memohon Bantuan Telefon dan Internet percuma daripada Yayasan YTL.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, anda boleh terus menghubungi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di talian 088-223 536 etx. 236 (Roshidi)/ 236 (Norsafi)/ 250 (Sukari).
Leave a Reply to Roslan bin mohammad Cancel reply