Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 merupakan bantuan kewangan secara wang off sebanyak RM3000 yang diberikan kepada PKS yang layak untuk meniingkatkan produktiviti perniagaan dan kelangsungan PKS.
Dan sehingga kini, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima bantuan GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah bantuan sehingga RM2.55 billion.
Permohonan Rayuan GKP 2.0
Atas keprihatinan kerajaan, permohonan bantuan Geran Khas Prihatin 2.0 ini dibuka semula bagi memberi peluang lebih ramai rakyat menerima bantuan ini.
[adssulvo1]
Permohonan rayuan ini adalah untuk mereka yang gagal kerana tidak cukup dokumen sokongan bagi melayakkan diri menerima bantuan RM3000.
Sebagai contoh, bagi yang status Gagal Kredit, anda hanya perlu kemaskini maklumat AKAUN BANK di menu Kemaskini Akaun Bank.
Dan pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.
Pembayaran semula bagi status Gagal Kredit GKP 2.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sila rujuk gambar diatas berkenaan dokumen yang perlu anda hantarkan.
Permohonan boleh dibuat terus di Portal GKP – https://gkp.hasil.gov.my.
Anda boleh rujuk panduan mengisi borang online GKP.
Tarikh Permohonan Rayuan
Kerajaan akan membuka tempoh permohonan selama 14 hari bermula dari 7 Disember 2020 hingga 21 Disember 2020.
[adssulvo2]
So, bagi anda yang gagal sebelum ini, sila sediakan dokumen sokongan yang diperlukan yang cukup untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
[adstextapply]
Diharapkan para pemohon dapat menyediakan dokumen sokongan lengkap sebelum membuat rayuan dan seterusnya melayakkan mereka menerima bantuan GKP 2.0 ini.
Bagi peniaga negeri Johor, anda layak menerima Bantuan RM500 Kerajaan Johor.
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 2.0 boleh hubungi Hasil Care Line ditalian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
Leave a Reply to Azisyarma Aziz Cancel reply