Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages
Post image for [RASMI] Permohonan i-Sinar Kategori 2 Sudah Dibuka. Mohon Sekarang!

[RASMI] Permohonan i-Sinar Kategori 2 Sudah Dibuka. Mohon Sekarang!

in Berita semasa, Malaysia

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan berita gembira untuk ahlinya iaitu info lengkap pengeluaran iSinar dan juga tarikh permohonan rasmi i-Sinar kini yang akan mula dibuka pertengahan Disember ini.

Sebelum ini, KWSP hanya mengumumkan secara umum dimana ahli boleh membuat pengeluaran wang akaun 1 KWSP RM4000 sehingga RM10,000 melalui iSinar.

Permohonan iSinar sudah dibuka. Rujuk cara permohonan dibawah. [Kemaskini 11 Januari 2021]

Permohonan iSinar Akaun 1 KWSP

tarikh i-sinar

Bagi memudahkan urusan permohonan i-Sinar, KWSP telah memecahkan permohonan kepada dua kategori. Sila baca dengan teliti.

KATEGORI 1

Bagi kategori 1 adalah untuk ahli yang terdiri daripada:

  1. ahli yang sudah lama tidak mencarum
  2. surirumah
  3. bekerja sendiri
  4. bekerja di sektor ekonomi gig (contoh pemandu ehailing)
  5. hilang pekerjaan
  6. cuti tanpa gaji
  7. hilang sumber pendapatan

 

Antara kriteria kelayakan bagi Kategori 1 adalah:

  • Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan
  • Ahli yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

Untuk kategori 1, tiada dokumen sokongan diperlukan dan ahli boleh membuat permohonan bermula 21 Disember 2020.

Bagi ahli yang bekerja sendiri, anda juga boleh memohon Bantuan Geran Khas Prihatin RM3000 ini.

KATEGORI 2

Bagi kategori 2 pula adalah untuk ahli KWSP yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Ini termasuklah termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa.

Bagi yang telah membuat permohonan pada 11 Januari 2021 untuk Kategori 1 dan gagal, anda boleh mencuba dengan membuat permohonan di Kategori 2 dengan mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan pengurangan pendapatan keseluruhan melebihi 30%.


Untuk kategori ini, ahli perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Slip/ Penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh permohonan)
  • Slip/ Penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus antara bulan April 2020 sehingga bulan permohonan
  • Notis Pengesahan Majikan berkenaan pemotongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa
  • Dokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank.

Dan ahli boleh membuat permohonan harini bermula 11 Januari 2021.

Cara Memohon i-Sinar KWSP

permohonan isinar kwsp akaun 1

Permohonan iSinar untuk Kategori 2 sudah dibuka sekarang. Rujuk cara memohon dibawah:

Permohonan rasmi i-Sinar hanya boleh dibuat secara online sahaja di Portal i-Sinar – www.isinar.kwsp.gov.my.

1. Layari Portal rasmi iSinar dan klik PERMOHONAN BAHARU.

2. Pilih situasi anda dengan menjawab YA atau TIDAK.

3. Isikan Nombor MyKad atau MyPR dan Nombor Telefon andn dan klik TERUSKAN.


4. Sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan

5. Tetapkan Amaun Pilihan dan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN

6. Lengkapkan Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN.

7. Lengkapkan Maklumat Pengurangan Pendapatan dan muat naik dokumen sokongan yang berkaitan.

borang dokumen sokongan isinar kategori 2

8. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan sebelum tekan HANTAR.

9. Permohonan anda berjaya dihantar dan akan diproses.

Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran Isinar akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

i-Sinar-Online-Panduan-Pengguna_Full-Colour (1)

Sekiranya anda tidak menghantar dokumen yang diperlukan, berkemungkinan besar permohonan anda tidak akan dilayan.

Anda boleh buat temu janji terus di Pejabat KWSP sekiranya tidak boleh muatnaik dokumen secara online.

Permohonan akan dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Buat yang belum ada i-Akaun KWSP, sila buat pendaftaran i-Akaun KWSP terlebih dahulu.

{ 4 comments… read them below or add one }

Nor faizah Rosman December 3, 2020 at 9:00 am

EPf dapat rm10,000

Reply

KRISHNA KUMAR December 21, 2020 at 4:10 pm

10,000

Reply

Karruppiah Al Munusamy January 11, 2021 at 7:15 am

Harap harap dapat membantu ringankan masalah kewangan

Reply

Karruppiah Al Munusamy January 11, 2021 at 7:17 am

Rm. 10 Ribu .kekurangan beban duot

Reply

Cancel reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2021